ye! putrajaya bagan lalang. pagi itu disambut baik yang mana cuaca sangatlah redup sampaikan berkabus putrajaya tu adanya. as usual pacing selow utk 5km awal dalam kelajuan bawah 20km/h.
sampai bandar salak tinggi abang enul punye tiub pecah daaaa... tapi menurut abang enul, basikalnya sudah 5 tahun tidak pernah bertukar tiub. chaisss!!! memang masa yang sesuai utk pecah pun kalau camtu. memandangkan ride kali ini ber"marshal" tayar pecah bukan masalah. letakkan sahaja diatas thule. lepastu dah bole pegi ke kedai berhampiran.

abang enul berbangga dengan hand pump berjenama topPEAK yang baru dibelinya.

perkara luar biasa, buat julung julung kalinya kelihatan chip menukar tiub basikal.

ROLF wheelset. 10 tahun dulu aku hanya mampu melihat rim ini didalam majalah.

chip, merenung masa depan tentang nasib KHS yang akan bertukar menjadi look... upss penarello kot.. ke colnago.. ke felt..???
sesampai dipekan sepang, langit hitam mula menyambut kehadiran kami. aku dengan payed the red start mengorak langkah maintain 35km/h meninggalkan orang2 lain dengan rasa bongkak dan sombong. kihkihkihkih. kiteorang sampai kat bagan lalang sebelum hujan turun. alhamdulillah. lepak kejap kat bagan lalang sambil pekena nasi lemak dengan telur goreng, kami kayuh semula untuk pulang ke putrajaya.
tiba sahaja di simpang keluar bagan lalang, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. waktu ni, kaki aku menangkap nak cramp tapi aku slow kan pace memandangkan abang enul pun dah start rasa kakinya menangkap. kiteorang cadence kan aje sambil maintain speed 25km/h sampai ke shell sepang. abang enul feeding kat sepang. 100+. aku sambar sneakers satu. buat syarat. gula dah takde dalam badan. energy pun dah rasa kurang. badan dah start lembik2. hujan reda, kami gerak dari shell sepang. tapi aku taknak henjut. memandangkan kaki ni masih belom kompom ok.
sampai kat bandar enstek. sekali lagi ujan lebat gila. kiteorang kayuh sampai la nampak group2 depan tadi melambai2 tangan suruh kiteorang benti lepak dulu. aku pun berenti order kopi o panas sambil tanye brader tu ada menu ape? brader tu bole cakap ada nasik berlauk... aku pun pegi la jengah lauk2 yang ada. lauk2 tu agak kurang sampai satu kali tu aku sudah terpandang telur masin. haaaaa... ini yang aku cari!!!. terus aku suruh die isi nasik putih. telur masin sebijik. ikan bakar sekor. dan makan. geng2 baru yang kayuh dengan aku agak pelik dengan appetite makan aku. bagi abang enul pulak, itu adalah asam garam kehidupan aku sebagai orang yang suka makan. selesai makan. elok. ujan pun reda. kami start kayuh.
kali ni aku tak bagi peluang. umpama valentino rossi yang dapatkan tayar slick. umpama bayi yang dapat susu. umpama orang yang mengantuk disorong bantal. aku tekan 30/40km/h. meninggalkan semua orang. ada satu tahap tu aku follow belakang lori pasir cucuk angin lagi masa tengah naik bukit. payed the red pun nampak kejadian alam yang jarang dibuat orang. bestnye la.
pendek citer. kiteorang selamat la sampai balik kat putrajaya. ada la sessi tukar baju dan ngeteh sebelom balik rumah. pastu balik rumah pas isyak aku terus tido dan pengsan sampai ke pagi esoknye. ila liqa'
trip 117km
average speed 27.8km/h
calorie burned..... tatau heart rate tak pakai
heart rate.... pun tatau

hapesal masa ni aku tengok jentera aku macam cun dan mantap eh???
a p a i ::: ahmad fairuz
::Part-time car racer|part-timer cyclist|part-time photographer|part-time musician|full time husband::